Sabtu, September 17, 2011

sejak 2 menjak ni...

salam sume! hype!...

uhm...sejak dua menjak kebelakangan ini, macam-macam perkara dah berlaku.. memang macam-macam la.. (pohon kekuatan) untuk aku tempuh kesemuanya.. lantak la ape orang nak mengata kat aku. aku tak nak amik kesah dah.. kalau amik kesah lagi akan menyakitkan hati aku.

semua ini dugaan kan.. Allah menduga hambanya untuk kita mendapatkan hidayahNya.. alhamdulillah...

aku bukan la manusia yang sempurna. dan tidak lari dari melakukan kesilapan.

yang baik datangnya dari Allah swt.. yang buruk tu datangnya dari aku sendiri..

sekian... bais!




smoga aku kuat sekuat harimau!!! ngaummmm!!!



Rabu, September 14, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA



Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN
ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia
masih hidup.




Begitulah juga .........




Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia
mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah
sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA
oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia mengingatmu. ...




Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah
sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk
kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....




Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat
dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia
biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu
untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.




Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS
hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang
kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu
berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar
kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.




Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang
pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU.
..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.




Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila
dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

*********************************************************************************************


Ahad, September 11, 2011

raya per1..ke2..ke strusnya...

salam...hype! hee...
tengok tajuk macam berhari2 kan aku raya. kemain lagi kau sakan beraya..
hee...biasa la, aku ade geng raya yg di gelar "kite2 aje".. ehehe!
so..kena la sakan. mengikut kebiasaan. raya pertama kedua ketiga akan dipulun semaunye.
nak letak pic kat post kali ni...;) tu aje sebenarnya...








sekiannn......bais!!...^_^

Khamis, September 01, 2011

raya weii!!

assalamualaikum.... hye sume!

nak ucap 

SELAMAT HARI RAYA 

kepada semua yang ade terbaca entry ni...
maaf zahir dan batin andai ada yang pernah tersinggung dengan aku...;) maaf banyak2 ye...

jemput mai raya umah ye kepada yang tahu umah aku...hehe...

semoga amalan ku dan amalan mu diterima Allah swt...;)

bais!!